Tak faham?
Sebenarnya saya berpeluang bernasyid lagi ^_^ Erm, kaitan dengan masa silam? Gini, jika saya mula bernasyid, waktu itulah saya akan jarang berada di tempat yang selesa. Banyak masa training, training, dan training.
--------------
Saya diberi peluang dan ruang untuk melatih pelajar ke Festival Nasyid peringkat daerah yang akan diadakan minggu depan (isnin)
...yang "merencatkan minda" saya sekejap ialah, saya ada seminggu je nak melatih, buat lagu wajib (lirik+lagu), cari bakat baru, cari kostum..dan sebagainya.
Aduhlah!
Tapi kan...dalam tak sedar saya sebenarnya berpeluang menjejak kembali sebuah zaman silam.
Yang lainnya, dulu saya bernasyid bersama rakan-rakan di SMK Munshi Abdullah, Melaka...kini dengan pelajar-pelajar saya pula. Ilahi....terharunya!

Dengan bantuan, sokongan dan pantauan dari rakan sekerja..saya jadi amat bersemangat. Ia, semangat yang tak padam-padam sejak 13 tahun yang lalu. Sejak saya kenal nasyid :)
-------------
Saya hirau bila ada orang meremehkan 'kumpulan hijau' saya. Erm, saya tahu kami memang kesuntukan masa. Langsung, saya sendiri bergerak sebagai motivator dalam kumpulan ini. Saya tak mahu mereka tiada harapan, ataupun terlalu berharap.
Yang penting ialah mempercayai yang mereka mampu buat yang terbaik. Ia, jangan mengalah sebelum mati dalam berjuang. Selagi ada hidup, selagi itulah rezeki dari Allah sinar.
Selagi itulah kita bepeluang untuk menerobos sempadan diri.
Selagi itulah kita belajar makna hidup. InsyAllah, moga dipermudahkan :)
2 comments:
chaiyok2 yan...kiter sokong ko dr belakang! i know u can do it bebeh!!!mcm dolu2 la...aku kan selalu je nyibuk ms ko bt training dgn bdk2 nasyid...hehe
hohoi....sapo tu?? hahah...erk, no bocor2 rahsia eh..haha
-mentor :)
Post a Comment